.

.

Thursday, 5 May 2016

Cara Nak Capai Matlamat Simpanan Dengan Mudah

Bila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius.

Lain pula cerita kalau setakat simpan dalam bank tanpa sebarang matlamat. Potensi duit itu nak cepat lesap amatlah tinggi. Tapi tak apa, kita boleh tangani masalah ni dengan ilmu yang betul.
Bagi yang baru nak mula menyimpan, baca perkongsian tip daripada Miriam Caldwell ini tentang cara uruskan dan capai matlamat simpanan dengan mudah.
Nota tambahan: Mungkin korang ada beberapa matlamat yang nak dicapai dalam satu masa, atau sekadar nak capai satu matlamat saja. Tak payah risau ya. Semua orang boleh gunakan tip ini.

5 langkah mencapai matlamat simpanan yang tak ramai orang tahu.

Tok tak nafikan. Perkara ini pasti akan menelan masa, dan ia bergantung kat kebolehan kita buat setiap langkah-langkah yang Tok kongsikan kat bawah ini.

Langkah #1: Apa tujuan utama anda simpan duit?

Sebelum apa-apa, wajib kita kenal pasti dulu apa tujuan utama kita menyimpan duit.
Adakah untuk:
i) bayar duit downpayment rumah idaman korang?
ii) tanggung percutian impian korang ke negara orang selama beberapa bulan?
iii) kumpul duit pendahuluan sebab nak beli Honda Civic?
iv) sediakan duit persaraan yang cukup untuk hari tua nanti?
v) atau, simpan duit sebagai persediaan menghadapi sebarang malapetaka (emergency fund)?
Bila kita dah ada jawapan untuk soalan ini, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai.
Tok bagi contoh:
  • Matlamat: Nak simpan untuk bayar duit deposit rumah.
  • Matlamat simpanan: RM45,000.
Dah tetapkan jumlah simpanan yang korang nak capai? Jom baca langkah seterusnya.

Langkah #2: Mula merangka garis waktu (timeline) untuk capai matlamat anda.

Ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. Contohnya, katakan korang pelan nak bercuti ke Eropah pada tahun depan.
Bermakna, kita dah tahu yang simpanan perlu dibuat dalam tempoh masa 1 tahun. Selama tempoh ini, kita kena usaha menyimpan.
Kalau tak, akan ada potensi yang percutian ini menjadi sekadar mimpi indah saja.
Sama juga kalau korang pelan nak sediakan duitdownpayment rumah.
Sebagai contoh, korang tetapkan matlamat ini dapat dicapai dalam jangka masa 2 tahun. Jadi, kita kena fokus mengumpul duit yang cukup dalam tempoh masa ini.
Dan ada juga matlamat yang gunakan garis masa yang agak panjang.
Contohnya, korang boleh tetapkan matlamat untuk mencapai simpanan sebanyak RM100,000 untuk duit persaraan, sebelum berumur 30 tahun.
Garis waktu ini membantu kita buatkan matlamat kita lebih jelas. Bila dah jelas, senang kita nak capai dalam tempoh masa yang kita dah tetapkan.

Langkah #3: Berapa banyak nak simpan setiap bulan?

Dalam usaha nak mencapai matlamat simpanan yang kita dah tetapkan, kita juga perlu tentukan berapa banyak yang perlu kita simpan setiap bulan.
Kita boleh tentukan perkara ini dengan ambil matlamat simpanan, dan bahagikan dengan 12 bulan (untuk tempoh 1 tahun. Kalau matlamat kita memakan masa 2 tahun, bahagikan dengan 24 bulan, dan seterusnya).
Tok sediakan contoh supaya kita lebih mudah faham:
  • Matlamat: Nak pergi bercuti ke Eropah selama 2 minggu pada bulan Mei tahun depan.
  • Matlamat simpanan: RM10,000.
  • Cara kira: RM10,000 / 12 bulan = RM833.33 sebulan.
Bermakna, kita kena simpan RM833.33 sebulan selama 12 bulan. Berikan sepenuh komitmen dalam menyimpan jumlah ini setiap bulan.

Langkah #4: Periksa balik bajet anda.

Sebelum mulakan simpanan, periksa dulu sama ada kita ada bajet yang cukup untuk buat perkara ini atau tak.
Kalau bajet bulanan tak cukup, mungkin kita boleh panjangkan sikit garis masa yang kita tetapkan itu.
Yang penting, pastikan tempoh ini realistik untuk kita capai, Tak logik pula nak kumpul simpanan RM1 juta dalam masa 1 tahun kan? (sebenarnya boleh je kita buat).
Kalau bajet sedia ada tak cukup, cari jalan untuk tambah pendapatan sampingan. Lagi banyak kita boleh simpan, lagi cepat boleh mencapai matlamat kita
Boleh buat simpanan secara automatik. Dapat saja gaji, sebahagian gaji akan terus masuk ke dalam akaun simpanan. Lebih mudah dan efisyen berbanding asingkan duit secara manual.
Ini bagus untuk kita buat sebab ia boleh elakkan kita terbelanja duit tu kat benda lain.

Langkah #5: Buat akaun simpanan khas.

Untuk setiap matlamat yang kita dah tetapkan, buat satu akaun bank khas untuk setiap satu. Duit yang kita dapat tiap bulan, masukkan dalam akaun ni.
Jumlah akaun bergantung kat berapa banyak matlamat yang kita dah tetapkan.
Dan ingat ya. Paksa diri kita menyimpan, kalau tak nak matlamat kita tu jadi sekadar angan-angan. Kalau terlepas masukkan jumlah sebulan, cari jalan untuk gantikan pada bulan depan.
Kalau nak buat simpanan jangka masa panjang (lebih 5 tahun), boleh juga melabur dalam Unit Trust. Kalau tak nak buat ni, cari simpanan tetap (fixed deposit) yang bagi kadar faedah yang tinggi.
At least, duit tu boleh berkembang.
Dengan simpanan, kita boleh kembangkan potensi untuk buat duit lebih banyak. Macam-macam pelaburan yang korang boleh buat nanti.
Cuma pesan Tok, check dulu sama ada korang boleh bagi komitmen kat pelaburan itu atau tak. Takut nanti masa terbuang dan buat rugi duit melebur je. Nak cari kemain payah.
Selamat menyimpan dengan selamat ya. Tok harap, korang dapat menyimpan dengan baik lepas dah baca perkongsian ni.

Stevia

Merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.



Kegunaan

Kesihatan rambut dan Kelemumur

Pati Stevia dipercayai bermanafaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering dan nipis. Banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih kuat, bebas kelemumur dan rambut baru bila penggunaan tetap Stevia. Hanya campurkan 3-4 titis pati Stevia ke dalam syampu biasa dan bilas seperti biasa. Juga, selepas mencuci rambut, gunakan teh stevia sebagai perapi dan bilas selepas 5 minit, dapat membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan menguatkannya

Diabetes

Kajian dan penyelidikan menunjukkan Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, meningkatkan rintangan insulin, malah boleh menggalakkan pengeluaran insulin dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam darah, dan menghalang kandidiasis (candidiasis) – jangkitan yis kembang-biak bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah gula dan rendah kalori gula alternatif. Ia juga jenis steviol glycosides yang tidak dihadamkan sistem penhadaman lalu dikumuh sebagai air kencing tanpa terkumpul di dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. Meminum teh yang diperbuat dari daun Stevia hancur mentah, atau sebagai ekstrak atau bag teh dan diminum 2 atau3 kali sehari dapat membantu masalah darah luar biasa tinggi gula, biasanya dikaitkan dengan diabetes(hyperglycemia). Untukmenyediakan teh Stevia teh, panaskan – tanpa mendidih satu cawan air dan masukkan satu sudu teh daun atau satu beg teh dan dibiarkan selama 5 -7 minit. Diminum panas atau sejuk. Atau 3-4 titis ekstrak Stevia ke dalam secawan air suam atau sejuk. Stevia juga boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi untuk mana-mana pemanis tiruan yang digunakan.

Radang Gusi (Gingivitis)

Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri antibakteriaStevia dapat membantu kaviti, gingivitis, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Orang yang telah menggunakan Stevia sebagai ubat, melaporkan penurunan ketara dalam jangkitan mulut gingivitis dan lain-lain. Hanya kumoh dengan pencuci mulut Stevia dan memberus mengguna ubat gigi dari Stevia menambah faedah. Untuk membuat pencuci mulut Stevia, tambah 3-4 titis ekstrak Stevia kedalam setengah cawan air suam atau rendamkan daun teh stevia atau uncang teh kedalam secawan air suam dan berkumur tiga hingga empat kali setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada waktu malam. Sebagai ubat gigi, campurkan 2 titis ekstrak Stevia ke dalam ubat gigi biasa.

Pedih ulu hati dan senak

Orang Brazil, Paraguay dan Bolivia menggunakan teh Stevia untuk melegakan sakit perut, pedih ulu hati, dan untuk meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh Stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati dan sakit perut.

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Beberapa kajian jangka panjang yang dilakukan sepanjang tempoh 1 hingga 2 tahun menunjukkan bahawa stevia boleh menurunkan paras tekanandarah tinggi. Hanya minum teh Stevia dua kali sehari boleh membantu menstabilkan tahap tekanan darah.

Osteoporosis

Satu kajian yang dilakukan ke atas ayam menunjukkan dengan menambah serbuk daun Stevia ke dalam makanan ayam dengan ketara meningkatkan metabolisma kalsium di dalam ayam dan menurunkan 75% kulit telur pecah. Seorang pesakit Osteoporosis menggunakan Stevia mencadangkan bahawa stevia dapat membantu menggalakkan penyerapan kalsium kedalam badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ubat yang dicadangkan ialah penyediaan teh Alfalfa dan stevia dengan merendam setengah sudu herba Alfalfa dan Stevia selama 5-7 minit. Minum dua hingga tiga kali sehari. Menambah serbuk vitamin D kedalam teh atau mengambil makanan tambahan boleh memberi manfaat juga.

Mengurangkan Berat Badan

Penyelidikan perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah karbohidrat, kalori dan gula Stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. Satu penyelidikan awal menunjukkan Stevia mengganggu fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus)dan dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan. Ubat yang dicadangkan ialah dengan meminum satu cawan teh Stevia atau campuran 10-15 titis pati Stevia dalam satu cawan air sejuk atau suam. Minum 15 minit sebelum waktu makan.

Kedutan dan Keadaan Kulit Lain

Stevia dipercayai menjadi agen penyembuhan masalah kulit. Aktiviti Antioksida, antibakteria dan antiseptik membantu mengatasi kekedutan (wrinkles), kecacatan kulit (blemishes), keradangan kulit (dermatitis), ekzema, wabak jerawat, parut, ruam,ruam dan bibir luka (chapped lips). Sedikit pati Stevia digunakan secara langsung keatas kulit terjejas dapat menggalakkan proses penyembuhan. Untuk meratakan kedutan, sebelum tidur, sapukan pes yang dibuat dengan menghancurkan daun Stevia atau pati cecair nya disapu rata keseluruh permukaan muka dan biarkan ia kering selama 15-20 minit. Basuh dan keringkan muka dan sapukan beberapa titis minyak kelapa dara ke muka dan biarkan semalaman untuk mendapat manafaat daripada kesan antioksidannya.

Untuk membersih dan menyegarkan bila dijadikan sebagai pes /topeng muka, kepada kulit berminyak, bersisik dan gatal, dan membantu menghilangkan jerawat,caranya;

a) campurkan 6 sudu teh tanah liat kaolin dengan 2 sudu teh daun kering hancur stevia dan air suam untuk dijadikan sebagai krim pekat yang sekata.

b) Jika menggunakan daun segar, sukatannya 5kali ganda jumlah tersebut.

c) Sapu merata dan tebal dimuka. Apa bila kering topeng akan meninggalkan kesan seperti ukiran dimuka.

d) Basuh muka apabila topeng kering. Stevia mendatangkan kesan tegang dan melembutkan kulit, melicinkan kedutan dan menghilangkan parut dan kudis.



Khasiat Stevia
Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetesdan hypoglycemia.
Melawaskan pembuangan air kencing.
Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
Membantu sistem penghadaman makanan.
Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
Mengurangkan masalah keradangan.

KAJIAN-KAJIAN MENGENAI STEVIA

– Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air
– Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu
– Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9)
– Tidak menapai – meningkatkan jangka hayat produk tenusu
– Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius
– Kestabilan tinggi terhadap cahaya
– Rasa manis yang tahan lama dan stabil dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman
– Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal.



Cara penanaman

• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 – 8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.

Tuesday, 26 April 2016

Kalkulator Tukaran Wang Asing

Anda boleh buat semakan kadar tukaran mata wang terkini untuk pelbagai negara di seluruh dunia ataupun menukar amaun satu mata wang ke mata wang yang lain. Pengiraan dibuat berdasarkan kadar tukaran mata wang asing (foreign exchange rates)semasa / hari ini.

Senang jika nak tukar nilai Dolar Amerika Syarikat (USD) kepada Ringgit Malaysia (MYR) atau bila nak tukar RM kepada Rupiah sebelum melancong ke Indonesia :)
tukaran-wang-asing
         ----------------------------------
Klik: http://fx-rate.mobi
---------------------------------
Cara Menggunakan Kalkulator 

Tukaran Wang Asing


Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak kadar tukaran wang semasa atau untuk menukar sejumlah matawang ke matawang yang lain.
  1. Klik pada kotak "ATAS" pilih mata wang asal (contohnya "American Dollar"
  2. Klik pada kotak "BAWAH" dan pilih mata wang  (contohnya Malaysian Ringgit)
  3. Klik "GO"

Nilai tukaran mata wang kedua-dua negara akan di papar seperti di bawah:

Monday, 25 April 2016

Kehidupan Pelombong Emas Serra Pelada Di Brazil

Gunung Botak

Serra Pelada (Gunung Botak) ialah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang tercemar. Pada tahun 1979 seorang petani menemui ketulan emas di ladang milik beliau. Setelah menggaji seorang ahli geologi untuk melakukan survey, mereka mendapati kawasan Serra Pelada mempunyai simpanan emas yang besar.

Apabila berita ini tersebar ratusan ribu orang mula membanjiri kawasan ini untuk melombong emas. Bongkah emas terbesar yang ditemui di sini adalah seberat 6.8 kilogram. Pernah suatu ketika seramai 100 000 orang dikatakan melombong emas di sini. Teknik pelombongan mereka adalah primatif dan merbahaya kerana menggunakan merkuri. Akibatnya selepas lombong ini ditutup dan menjadi sebuah tasik, kandungan merkuri yang tinggi mengakibatkan ikan yang hidup di dalamnya tidak boleh dimakan.







10 Negara Simpanan EMAS Terbesar Dunia

Simpanlah emas kerana ianya pelaburan yang amat berbaloi daripada berbelanja dengan gajet-gajet yang tidak begitu signifikan terhadap keperluan hidup.


Emas
Emas, merupakan unsur kimia 'Au' dengan nombor atomic 79. Keterbatasan sumber emas menjadikan emas  kekal sebagai bahan yang paling bernilai dan simbol kekayaan dan kekuasaan. 

Di antara tahun 1816 dan 1931, matawang Great Britain Pound (GBP) telah dihubungkan dengan nilai emas, iaitu GBP1 sentiasa disamakan nilai 7.3g emas 22-karat. Emas dengan berat yang sama jika dinilaikan menggunakan nilai emas hari ini maka akan menjadi GBP 230.

Negara-negara lain termasuklah US, Peranchis dan German turut menilaikan matawang mereka dengan harga pasaran emas (maksudnya; sebagai contoh, GBP1 akan sentiasa membolehkan anda membeli sesuatu yang berharga $4.85 apabila matawang keduanya dinilaikan mengikut harga emas). Namun kali terakhir matawang diniagakan mengikut harga emas (di Switzerland) pada tahun 2000.

(nota: bagaimana pula dengan matawang Malaysia Ringgit (MYR)? Apakah kita menilaikan ia mengikut harga pasaran emas, ataupun kita mengikat ia kepada Dollar Amerika?....Mungkin itulah yang membuatkan Tun M "bising" bilamana tiada pihak (selain negeri Kelantan) yang serius untuk menggunapakai "Dinar Emas")

Sekalipun piawaian emas telah tidak lagi digunakan, "metal" yang berharga ini masih menimbun di serata dunia.
Berikut disenaraikan 10 negara yang memiliki simpanan (rizab) emas terbesar di dunia. Malaysia tidak termasuk di dalam senarai ini, harap maklum.


1: Amerika Syarikat (8,133.5 tan)
Sekalipun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan mana-mana negara lain. Kebanyakan emas ini disimpan di Fort Knox di Kentucky, selain di US Mints di Philadelphia dan Denver dan beberapa lokasi lain.

2: Jerman (3,401.0 tan)
Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara. Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York. Dua tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima makluman berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.

3: International Monetary Fund (IMF) (2,846.7 tan)
IMF menyelia aktiviti ekonomi di 187 negara "ahlinya" di serata dunia. Sekalipun polisi emas IMF sering berubah, simpanan yang dimiliki seringkali digunakan bagi "membantu" memulih dan menstabilkan ekonomi negara ahli dan pasaran. IMF juga turut membeli dan menjual simpanan emasnya bagi mengumpul modal untuk menggerakkan inisiatif ekonominya dari semasa ke semasa.

4: Itali (2,451.8 tan)
Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D'Italia. Sekalipun Itali tergolong di dalam PIIGS nations (bersama-sama Portugal, Ireland, Greece dan Spain), yang kesemuanya sedang dihantui krisis ekonomi yang meruncing saat ini, yang mengancam survival keseluruhan Eurozone, negara ini masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.

5: Peranchis (2,435.4 tan)
Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas. Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Wood telah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce. Presiden Peranchis waktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox. Tidak senang dengan tindakan "licik" selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.

6: China (1,054.1 tan)
Disebalik status China sebagai negara paling ramai penduduk, emas hanya mewakili 1.6% simpanan luar negaranya.
China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang dia keluarkan tanpa perlu memaklumkan transaksi berkenaan kepada umum. Begitupun China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika. (Maknanya, jika negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik gila-gila sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya di US Treasury sebab harga membeli pegangan akan menjadi lebih tinggi juga). China juga muncul sebagai salah satu pembeli utama apabila UK menjual 395 tan simpanan emasnya pada tahun 1999. The Wall Street Journalmelaporkan yang China telah meningkatkan usaha pembelian emasnya secara drastik sebagai persediaan menghadapi serangan inflasi.

7: Switzerland (1,040.1 tan)
Swiss diletakkan pada kedudukan ke-7 senarai ini memandangkan ekonominya adalah yang ke-38 terbesar dan populasinya pula di tempat ke-95 terbesar di dunia. The swiss National Bank bertanggungjawab mengurus simpanan emas dan polisi-polisi berkaitan kewangan negara itu.

8: Russia (775.2 tan)
Simpanan emas Russia diletakkan dibawah jagaan the Central Bank of the Russian Federation. Negara ini juga turut "galak" berbelanja membeli emas dan meningkatkan pegangannya kepada 21% pada 2009 termasuklah langkah persekutuan ini membuka beberapa lombong emas baru dan menambah lagi 24% pada 2010. The Wall Street Journal melaporkan yang Russia merancang untuk membeli tambahan 90 tan emas setiap tahun untuk mengukuhkan simpanan semasanya.

9: Jepun (765.2 tan)
Emas hanya mencakupi 3.3% daripada jumlah keseluruhan rizab luar dan diurus oleh the Bank of Japan.

10: Netherlands (Belanda) (615.5 tan)
Simpanan emas dan kewangan negara ini diurus oleh the Netherland Bank.

----------------------Tambahan: Simpanan emas UK (310.3 tan).
Ketika ini UK berada di tangga ke-17 negara penyimpan emas dengan jumlah simpanan yang berkurangan berbanding sebelum 1999.
Melihatkan harga emas mengalami penurunan yang konsisten ketika itu, Gordon Brown telah membuat keputusan menjual 395 tan simpanan emas UK pada harga hanya $276.6 per ounce dan kemudian melaburkan wang hasil jualan tersebut ke tempat lain.
Langkah "seperti bijak ini terbukti bangang sekali" kerana sejak itu harga emas naik dengan mendadak, sehingga diejek langkah yang diambil kerajaan sebelum itu oleh kumpulan perniagaan sebagai "Brown bottom".
Pada ketika artikel ini ditulis, nilai emas telah melebihi $1,800 per ounce, bersamaan 6.5 kali lebih tinggi daripada waktu kerajaan UK membuat keputusan untuk "melupuskan" 395 tan emasnya (bermakna telah wujud jurang kerugian bernilai $20 billion).

Penutup
Pihak terbesar yang memiliki dan menguruskan simpanan emas adalah kerajaan, bank-bank pusat dan entiti antarabangsa yang mewakili 30,500 tan daripada anggaran keseluruhan 160,000 tan emas global. 

Kadar pengeluaran emas dari aktiviti perlombongan pula meyumbang kira-kira 2,497 tan setahun. Dengan nilai emas yang terus meningkat ini, adalah tidak mustahil lebih banyak lombong baru akan dibuka atau yang sedia tutup, akan dibuka semula.

Emas telah menarik perhatian pelbagai pihak kebelakangan ini dan dengan harganya yang begitu tinggi sekarang (sekalipun masih dikira rendah berbanding waktu semakan inflasi 1980 - emas bernilai $2400 per ounce ketika itu).

Tidak seperti wang kertas, anda tidak boleh mencetak lebih banyak emas. Justeru, metal ini akan terus menjamin pelaburan yang selamat buat anda terutama di dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

Sunday, 24 April 2016

Tawaran bulan April

+ Hadiah Misteri untuk dealer yg berdaftar di bawah saya.