Apabila ingin memilih emas untuk pelaburan, ada beberapa kriteria yang mesti kita pertimbangkan, antaranya spread yg kecil, urusan jual beli mudah, syarikat yg kukuh, cawangan banyak dan urusniaga yg telus.
Public Gold memenuhi semua kriteria di atas dan bagi saya merupakan platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal buat masa ini.
Sebelum membeli emas, kita mesti nilaikan kriteria yang diperlukan secara PAKEJ. Jika sesebuah syarikat menawarkan emas dengan susut nilai paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik jika apabila kita ingin menjual balik, syarikat itu tidak mampu bayar.
Kes 1: Si A membeli emas jenama X hanya disebabkan harganya lebih murah, tetapi bila nak jual balik, company tak nak beli! Jadi kalau nak beli emas, mesti menilai secara ‘pakej'
******************•********************
11 KELEBIHAN emas Public Gold
#1 – Harga Lebih Murah
Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas. Emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Emas bukan barang kawalan, jadi harganya boleh berbeza mengikut syarikat walaupun emas dengan berat dan ketulenan yang sama. Jadi, kena pandai pilih ya.
#2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran
Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting untuk dipertimbangkan jika mahukan untung maksimum dalam pelaburan emas. Susut nilai emas Public Gold cuma 5% – 8% sahaja, berbeza mengikut jenis item.
Jika spred / susut nilai kecil, kita tidak perlu menunggu lama-lama untuk kaut untung. Bila harga emas naik sedikit sahaja, kita sudah boleh jual untuk untung. Bila harga emas turun sedikit, kita boleh start beli balik.
Susut nilai gold bar 250 gram cuma 5%. Jika harga emas naik 8%, kita sudah boleh untung at least 3%
Senarai spread emas Public Gold
#3 – Stok Tiada Had
Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Jika harga emas jatuh menjunam, Public Gold tidak holdstock (hentikan jualan buat sementara waktu). Malah lagi harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Ini bagi peluang kepada pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.
Namun ada syarikat lain, apabila harga menjunam, barang terus out of stock. Bila harga tinggi barulah muncul stok. Jika begini, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.
#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia
Sehingga November 2015, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Kita boleh jual emas kita terus di cawangan terdekat. Biasanya kalau nak beli emas, mana-mana syarikat memang senang. Tapi bila nak jual balik, ini agak bermasalah jika cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, dealer pun mungkin ketiadaan modal yang segera untuk bantu. Dengan adanya banyak cawangan, urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.
18 cawangan seluruh Malaysia. Senang beli, senang jual.
#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak
Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item.
Emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama). Tidak perlu risau jika calar atau lekuk asalkan berat sama.
Emas jenis LBMA (versi baru). Jika sealnya rosak, spread hanya 10%.
Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%.
#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu
Emas Public Gold diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jika ingin pakai duit, boleh pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.
Antara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.
#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari
Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.
Kita tidak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tidak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.
#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar
Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tidak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Apabila ada pelabur nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli ingin jual balik RM100,000 pun sudah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.
#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan
Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Tidak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tidak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.
Setiap keping emas disertakan sijil ketulean yang disahkan oleh assayer bebas.
#10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen
Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya.
Dealer boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), 1.5% (belian RM200,000) dan 2.0% (belian RM1 juta). Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3%, 1.8% atau 2.3% bergantung tahap dealership
#11 – Tiada GST 6%! (Terkini)
Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA). Jadi pembeli emas Public Gold jimat dari membayar kos GST 6%!
- Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold
- Cara Buat Belian Lock Order Menerusi Web
- Spread atau Susut Nilai
PG00066247
***************









No comments:
Post a Comment