Syarat minimum pengeluaran emas fizikal ialah 1 gram. Jadi bila kita ingin genapkan jumlah gram baki dalam Akaun GAP yang ada titik perpuluhan, caranya mudah sahaja.
Contoh Pengiraan:
#Langkah 1 – Kira jumlah “Gram” yang diperlukan
Katakan baki semasa dalam Akaun GAP ialah 20.2825 gram
Ingin digenapkan kepada : 21.000 gram
Maka, 21.000 – 20.2825 = 0.7175 gram
Jadi “gram” yang perlu ditambah ialah 0.7175 gram
#Langkah 2 – Kira Nilai Dalam “RM”
Katakanlah harga semasa GAP = RM135/ gram
Maka, 0.7175 gram x RM135 = RM96.8625
Dibundarkan kepada 2 tempat Perpuluhan ialah RM96.86
#Langkah 3 – Tambah Belian GAP
Oleh kerana jumlah “RM” untuk menggenapkan gram emas kita dalam akaun kurang dari RM100, kita perlu tambah lagi 1 gram. Ini kerana jumlah minimum yang diterima oleh sistem GAP di website ialah RM100. Pembelian bawah RM100 akan ditolak oleh sistem.
Maka
(Harga 0.7175 gram) + (harga 1 gram)
= RM96.86 + RM135
= RM231.86
>> Jumlah yang perlu dibayar =RM231.86
#Langkah 4 - Buat bayaran
Transfer RM231.86 ke akaun Public Gold dan upload slip bayaran di website www.publicgold.com.my
Lihat Cara Buat Belian GAP Tambahan Secara Online
Maka, Baki Akaun GAP = 22.000 gram
Titik perpuluhan boleh wujud disebabkan (1) tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP, (2) mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau (3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer.
Semoga panduan ini bermanfaat.
Untuk melihat Foto EMAS Public Gold KLIK DI SINI
Teruskan membaca artikel di bawah :
- GAP (Gold Accumulation Program)-Akaun EMAS Patuh Syariah
- Cara Membeli EMAS Dengan GAP (Kali Pertama)
- Cara Buat Belian GAP Tambahan Secara Online
- Cara Buka Akaun GAP Untuk Anak Umur Bawah 18 Tahun
WaheedaDaris
PG00066247
**************


No comments:
Post a Comment