Robert Kiyosaki ialah salah seorang pakar motivasi mengenai pengurusan kewangan peribadi dan penulis Buku Rich Dad Poor Dad yang banyak membuka mata orang ramai mengenai perkara ini.
#1: Ilmu kewangan adalah kunci utama Kekayaan Seseoang
“SAYA CUKUP GHAIRAH (PASSIONATE) MENGAJAR DAN BAGI ORANG LAIN PANDAI URUSKAN KEWANGAN MEREKA.” (Robert Kiyosaki)
Oleh itu, Robert Kiyosaki mencipta satu mainan pengurusan kewangan Cashflow dan mengongsikan ilmu beliau dengan mewujudkan syarikat Rich Dad, agar beliau dapat berkongsi pelbagai ilmu kewangan
Permainan yang berkongsepkan monopoly ini cukup realistik, dimana ianya berdasarkan senario masalah kewangan peribadi. Sambil main, sambil belajar selok belok ilmu berguna tentang pengurusan kewangan. Dan ilmu ini tidak akan membuatkan kita rugi.
Tambah Kiyosaki lagi:
“ILMU YANG BAIK AKAN JADIKAN KITA BERSEDIA UNTUK HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN PADA MASA DEPAN, TAK KIRA BAIK ATAU BURUK, DALAM MENCAPAI STATUS BEBAS MASALAH KEWANGAN.”
#2: Elakkan diri jadi hamba duit.
Tiada yang ambil kisah mengenai kewangan kita, melainkan diri kita sendiri (or pasangan kita) . Setuju dengan ayat ini?
Bukan kita sepatutnya yang menjadi hamba duit, tetapi duitlah yang sepatutnya menjadi hamba kita. Jika kita pandai uruskan duit, kita boleh gandakan duit tersebut secara automatik.
Kiyosaki juga menambah:
“MULA BERTANGGUNGJAWAB URUSKAN KEWANGAN, ATAU BERSEDIA MENJADI HAMBA DUIT SEPANJANG HIDUP ANDA.”
Siapa yang sanggup bekerja sampai tua dan menjadi hamba duit? Jadi mula belajar jadikan DUIT sebagai HAMBA sahabat
#3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri.
Buat bajet selepas dapat gaji atau dapat pendapatan tetap. Bila kita dah buat bajet, bukan bermakna bajet tersebut hanya untuk membayar segala hutang dan bil yang ada. Maksud “bayar” gaji dekat diri sendiri bukan bermaksud kita gunakan gaji tu untuk berbelanja sesuka hati dan tanpa pedoman.
Buat satu bajet khas untuk digunakan untuk simpanan kecemasan dan untuk pelaburan. Setiap bulan, simpan sebahagian dari pendapatan sebagai bajet untuk pelaburan. Gunakan untuk membeli aset (saham, rumah, emas) untuk menjana pendapatan pasif yang positif.
#4: Sediakan diri dengan pelan kecemasan.
Dalam situasi ekonomi Malaysia (malahan dunia) yg tidak begitu stabil sekarang, kita ada sentiasa potensi untuk hilang sumber pendapatan (seperti dibuang kerja, syarikat tutup, hilang upaya, sakit ). Ini adalah hakikat pahit yang perlu kita bersedia.
Sebagai langkah persediaan, kita boleh mencipta pelan kecemasan dan buat simpanan khas supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.
Kiyosaki kongsikan pandangan bernas beliau tentang ini:
“SITUASI KECEMASAN YANG TAK DIDUGA AKAN MENGGANGU EMOSI SECARA NEGATIF.
BILA KITA BEREMOSI, KITA TAK BOLEH BERFIKIR SECARA TENANG DAN WARAS.”
Jadi, lebih baik kita sediakan diri sebelum perkara buruk seperti ini terjadi. Bak kata pepatah orang tua:
“TAKKAN DAH RASA NAK BUANG AIR, BARU NAK KOREK LUBANG?”
#5: Guna duit untuk tambah aset.
Yang terbaik untuk kita adalah gunakan duit untuk menambah aset, supaya kita dapat menjana pendapatan pasif untuk jangka masa panjang.
Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah aset. Selagi kita perlu keluarkan sejumlah duit untuk menanggung rumah itu, seperti yuran utiliti, cukai, insurans, penyelenggaraan dan sebagainya, ia masih dikira sebagai liabiliti. Dalam bahasa mudah, aset adalah perkara yang menambah duit kita.
#6: Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik.”
Mungkin ini satu perkara yang bertentangan dengan apa yang kita selalu fikirkan.
Kiyosaki kata, tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat.
“LANGKAH PERTAMA DALAM STRATEGI BERHUTANG ADALAH FAHAMKAN BEZA ANTARA “HUTANG BAIK” DAN “HUTANG TAK BAIK”.” – ROBERT KIYOSAKI
Sebagai contoh, gadai janji untuk membeli hartanah yang boleh disewakan adalah “hutang baik” yang boleh kita buat. Sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kita setiap bulan.
Hutang kad kredit pula antara salah satu contoh “hutang tak baik.” Ini sebab ia akan jadi beban kat kita, dan tak berikan kita untung langsung. Lagi perhabis duit kita adalah.
Kiyosaki kongsikan pengalaman beliau kat bawah ini:
“KIM DAN SAYA PERNAH ADA BANYAK “HUTANG TAK BAIK” INI, DAN KAMI URUSKAN IA SECARA SISTEMATIK.
DAN KAMI TAK TAMBAH HUTANG INI SELEPAS DAH BERJAYA SELESAIKAN SEMUANYA.”
Dan ini nasihat Kiyosaki tentang “hutang baik” yang bermanfaat untuk kita hadam:
“SAYA DAN KIM SENTIASA MENCARI JALAN BARU DAN KREATIF UNTUK GUNAKAN “HUTANG BAIK”, SUPAYA IA MEMBANTU BISNES DAN PELABURAN HARTANAH YANG KAMI BUAT.
TAK SALAH GUNAKAN HUTANG JENIS INI, SELAGI IA MENAMBAH DUIT DALAM AKAUN KITA.”
#7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita.
Untuk berjaya, kita sentiasa perlukan sokongan. Terutama sekali bila ia berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan.
“Wang penting untuk kekayaan, tapi ia hanyalah sebuah komponen saja”, jelas Kiyosaki.
“YANG MEMBANTU KITA BERJAYA MENCAPAI KEKAYAAN, ADALAH BERJUANG BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA.”
Kalau kita tengok orang kaya, mereka semua ada tim tersendiri. Mustahil mereka boleh berjaya kalau bekerja seorang diri.
ILMU KEWANGAN ADALAH KUNCI KEKAYAAN
Mungkin ada yang beranggapan selalunya orang yang bergaji besar, berkereta besar itu KAYA. Tetapi tidak semestinya. Mungkin dengan gaji besar itu, ianya datang liabiliti besar dengan cara hidup BESAR.
Nak cepat berjaya? Cari orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.
Kalau nak berjaya, mesti terus-menerus memburu ilmu yang baik. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan jangka masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

No comments:
Post a Comment