Kedua-duanya adalah baik. Perumpamaan seperti menaiki kapal terbang dan menaiki bas express dari Kuantan-Kuala Lumpur. Kapal terbang lagi baik kerana cepat sampai (20 minit), bas lebih baik kerana murah dan kosnya sekitar RM30 walaupun perjalanan sekitar 3 jam. Yang penting adalah kedua-duanya aset fizikal yang mampu membina kekayaan.
Emas sesuai untuk simpanan dan pelaburan kecil
Hartanah selalunya mempunyai kos yang lebih tinggi, emas pula sesuai sebagai simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan kos yang rendah. Ia mudah untuk dicairkan samada dijual atau digadaikan di Ar Rahnu.
Oleh kerana fitrah manusia suka kepada emas, apabila memiliki emas mesti sayang untuk dijual, menyebabkan harta kita boleh bertambah. Lain dengan jika kita menyimpan wang, mudah sahaja untuk dibelanjakan begitu sahaja.
Emas adalah aset yang paling selamat ketika berlaku ketidak tentuan ekonomi dan huru hara pada sesebuah negara. Ia boleh dibawa ke mana-mana untuk mulakan hidup baru (seperti sejarah perang vietnam).
Hartanah Peluang Kaya dengan Duit Orang Lain
Hartanah pula boleh digunakan untuk menambah kekayaan dengan hutang seperti hutang bank. Lebih-lebih lagi apabila membuat pelaburan seperti membeli rumah untuk disewakan atau dijual selepas suatu tempoh, peluang meraih keuntungan lebih cepat dan banyak berbanding emas.
Hartanah juga dapat membina passive income yang lumayan. Harga rumah diketahui semakin lama semakin naik (mengikut lokasi). Dengan ini akan menambahkan nilai aset kita. Lebih-lebih jika hartanah yang disewakan.

Lindungi Kekayaan dengan Aset Fizikal
Ikon-Ikon tersohor juga menyimpan kekayaan mereka dengan menukarkannya dalam bentuk Aset Fizikal.
Artikel dari pakar motivasi kewangan, Robert Kiyosaki sendiri menukarkan kekayaan mereka dalam bentuk hartanah 40% , 25% dalam bentuk emas dan perak. Hanya sekitar 10% kekayaan mereka disimpan dalam bentuk wang kertas. Maksudnya sekurang-kurangnya 65% hartanya adalah dalam bentuk aset fizikal (aset yg boleh dinampak). Bila berlaku ketidaktentuan kepada sosio-ekonomi, aset fizikal ini masih bertahan.

Untuk membina kekayaan, simpanan adalah paling penting. Sama ada menyimpan emas untuk jangka masa panjang atau membeli hartanah seperti rumah (untuk disewakan)
Sama ada emas atau hartanah, mesti bermula dengan menambah ilmu mengenai nya.
Sama ada emas atau hartanah, mesti bermula dengan menambah ilmu mengenai nya.

No comments:
Post a Comment