.

.

Saturday, 9 April 2016

Di Sebalik Royalty Emas RM130 Juta Setahun

KUALA LIPIS 28 Okt 2010 - Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarikat perlombongan emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

–Bernama


Hmmm... memang menarik berita ni.

Tapi alangkah bagusnya jika royalti tu digantikan dalam bentuk jongkong-jongkong emas untuk rizab simpanan emas negeri Pahang atau negara Malaysia sendiri. Bukankah emas tu milik kita??

Kalau tak silap, di Raub ada satu syarikat perlombongan yang telah melakukan aktiviti perlombongan emas di situ sejak zaman sebelum Merdeka lagi.

Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mine Co. Ltd pada tahun 1982. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Yang pasti kesemua emas yang dilombong telah diambil dan dibawa keluar dari Tanah Melayu manakala kita hanya menerima bayaran royalti yang tidak seberapa nilainya kalau nak dibandingkan dengan nilai emas.

Di khabarkan juga kawasan perlombongan di Raub itu telah dipajak selama 100 tahun sejak zaman sebelum Merdeka lagi. Ini bertujuan untuk memudahkan syarikat perlombongan yang mengusahakannya mengaut serta memperabiskan segala hasil emas dalam perut bumi Raub tu. Bahkan pajakan tersebut juga akan diperbaharui setelah tamat tempohnya nanti.

Harus di ingat semasa zaman sebelum dan selepas Merdeka dahulu Geng2 'tgn ghaib' telah lama bertapak di Britain dgn menjadikan negara tersebut sebagai markas mereka. Ketika itu matawang dunia bersandarkan pada pound sterling. Mereka memanipulasi serta menggunakan wang fiat pound sterling untuk mengaut segala hasil kekayaan seperti emas dan perak di negara-negara lain di dunia. Kini semua orang tahu markas mereka di US dan wang fiat apa pula yg digunakan?. Duit tu tak lain tak bukan, USD the toilet paper hua hua hua...

Kini nilai USD berada di ambang kejatuhan dan tahukah anda wang apakah yang akan menggantikannya?. Duit yang akan menggantikannya kelak adalah duit yang langsung kita tidak akan dapat sentuh, hanya dapat lihat dalam bentuk angka sahaja. Duit itu dipanggil duit elektronik.

Ya... sekarang ini pun kita sudah mula menggunakannya seperti penggunaan kad kredit, bayaran serta transaksi menerusi internet seperti paypal dan sebagainya. Itu semua kita panggil duit elektronik.

Bayangkan jika anda mempunyai RM 100,000 dalam akaun. Tiba-tiba tiga kosong di belakangnya dicantas dan dibuang oleh penyangak matawang. Berapa yang tinggal?. RM 100 jer, tak ke sedih dan naye namanya.

Itulah bahayanya duit elektronik. Sangat mudah untuk dimanipulasi. Sedangkan wang kertas sekarang ini pun nilainya mudah diperkotak-katik kan, apatah lagi duit elektronik.

Kita tinggalkan dulu pasal matawang dan duit elektronik. Berbalik semula pada sejarah. Bila difikirkan dalam-dalam, agaknya mahu ke kerajaan British pada zaman 50-an dulu yang dikuasai oleh ('Geng2 tgn ghaib') memberikan Tanah Melayu hak kemerdekaan jika dia orang tidak dapat hak untuk melombong emas kat Raub tu?. Mungkinkah terdapat syarat atau permintaan berkenaan hak perlombongan emas dalam perjanjian kemerdekaan antara British dan Tanah Melayu dahulu? Wallahuallam...

Sedarlah bangsaku sebenarnya kita masih belum benar-benar MERDEKA lagi jika hasil negeri kita diambil secara senyap oleh geng2 itu tadi. Sama-sama kita renung dan fikirkan. Menariknya ada juga pendapat mengatakan bahawa lombong-lombong bijih timah itu dahulu sebenarnya bukanlah lombong bijih seperti yang didakwa tetapi sebenarnya adalah lombong emas. Benarkah dakwaan tersebut?. Sungguh menarik untuk dikaji :) Wassalam


Posted 31st October 2010 by Aurum Khersonese
(Artikel untuk dikongsi)

No comments:

Post a Comment