Di Malaysia, nama beliau dikenali berikutan penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube yang memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menyatakan ketika pemimpin negara Islam lain takut menentang sistem kewangan dunia yang pro-Barat dan Yahudi, terdapat seorang individu yang berani menentang arus dan beliau ialah Dr. Mahathir.
Sheikh Imran, 69, penulis buku Jerusalem in the Quran ialah tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (NWO) dan fahaman Zionisme.
Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan penghijrah yang berasal dari India.
Sheikh Imran pernah menetap di New York selama 10 tahun termasuk menjadi Pengarah Jawatankuasa Bersama Kajian Islam Organisasi Islam Greater New York dan Imam Masjid Dar Al-Quran di Long Island, New York.
Pada Jumaat lalu, beliau telah memberikan syarahan bertajuk, Pandangan Islam Berkaitan Pemberontakan di Negara-Negara Arab di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Walaupun topik yang akan disampaikannya serius, namun ketika mula-mula menyampaikan syarahannya beliau sempat berseloroh mengenai kesesakan lalu-lintas di Jalan Pantai Baharu dan Lebuh Raya Persekutuan yang dilalui hadirin untuk ke universiti itu.
''Adakah anda tahu berapa harga sebuah helikopter," soalnya dengan serius. Setelah melihat hadirin terpinga-pinga barulah beliau secara berjenaka menjelaskan kenapa soalan itu ditanya.
Kata beliau, itulah satu-satunya cara untuk hadirin mengelak kesesakan lalu-lintas. Kesesakan itu menyebabkan syarahan yang sepatutnya bermula pada pukul 8 malam terpaksa ditunda sehingga 8.45 malam.
Dalam syarahan itu, beliau menjelaskan bahawa sistem kewangan berasaskan riba yang dipelopori golongan pro-Barat dan Yahudi adalah punca utama berlaku kemiskinan di negara-negara Islam.
''Perasaan tidak puas hati terhadap kemiskinan ini telah menyebabkan penduduk di Mesir, Tunisia dan beberapa negara Arab lain melakukan demonstrasi jalanan sehingga menyebabkan kerajaan Israel benar-benar berjaya mengalahkan negara-negara Arab maka ia secara tidak langsung akan memudahkannya untuk merealisasikan cita-cita bagi memerintah dunia.
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

No comments:
Post a Comment