.

.

Monday, 18 April 2016

Risiko Sebenar Menyimpan Keseluruhan Simpanan Dalam RM

Ramai yg tidak sedar bahawa risiko yang menanti sekiranya terus kekal menyimpan keseluruhan simpanan dalam bentuk wang kertas  (atau RM)

Apakah Risikonya?
  1. Nilai Tukaran Matawang Asing RM Jatuh
  2. Keruntuhan sistem matawang berdasarkan Wang Fiat (Kertas, Card Credit dsb)
  3. Inflasi
  4. Risiko mengawal emosi ketika memegang wang ringgit

Nilai tukaran Matawang Malaysia jatuh

Bagi yang berpendapat apabila menyimpan emas, nilai simpanan mereka tidak bertambah , cuba fikirkan, adakah dengan menyimpan wang kertas , nilainya akan bertambah?

Lihat saja nilai tukaran matawang RM, semakin hari semakin menurun. Lihat juga sejarah lepas, duit RM pernah jatuh sebanyak 50%, iaitu pada tahun 1998. Nilai matawang tertinggi pada tahun sebelumnya adalah RM2.50 bagi 1USD dan pada tahun 1998, nilainya menurun sehingga RM4.90
Bandingkan menyimpan emas dengan menyimpan RM. Jika nilai RM jatuh teruk, apa yg masih tinggal pada simpanan kita? Ia hanyalah digit dan kertas yg ditulis nombor padanya. Walaupun “statement” dalam akaun kita kekal RM20,000 , tetapi kuasa belinya akan menurun akibat kejatuhan matawang (kenaikan harga barang)

Berbanding emas, pergilah ke negara mana, ianya tetap diterima kerana nilai intrinsiknya, semua orang tak kira bangsa apapun tau akan nilai emas. Tiada lagi kaedah tukaran matawang asing terlibat.

Lihatlah, ketika krisis matawang pada tahun 1998 kerana spekulasi matawang, PM ketika itu, Tun Mahathir terus memperkatakan mengenai Dinar Emas sebagai satu alat tukaran matawang/dagangan diantara negara-negara OIC. Bank Negara telah memperkenalkan syiling emas pertama negara, iaitu Kijang Emas

Nilai RM menurun dalam jangka masa panjang

Nilai RM sebenarnya merosot dalam jangka masa panjang. Dari tahun 1997 hingga tahun ini, Nilai RM tertinggi adalah RM2.50 dan hari ini, sekitar RM4.30
Nilai Tertinggi RM vs USD pada tahun 1997 sekitar RM2.47
Nilai Terkini RM pada RM4.3 untuk 1USD

Harga Emas Dunia menurun, tapi jika dibandingkan dalam nilai RM, harganya  menaik

Perhatikan pula perbandingan harga emas dunia dan harga emas dalam bentuk RM. Seenarnya paras harga emas lebih kurang sama pada tahun 2014 dan 2015, tetapi harganya dalam bentuk RM menaik.
Ini bermaksud, nilai kuasa beli emas tetap sama, tetapi nilai kuasa beli wang kertas yang menurun
Masih ingatkah lagi mengenai status RM based on POA (price on application) di kedai tukaran matawang asing? Mengapa?

Ini adalah kerana nilai RM terlalu cepat bertukar dan mungkin akan merugikan kedai tersebut. Itu pun nasib baik kalau mereka masih mahu menerima RM. Di Sesetengah negara, kebanyakan pengurup wang tidak membeli RM.
Cuba fikirkan, jika beliau membawa emas (walaupun sedikit), rasa-rasanya, sukarkah beliau untuk mendapatkan peso?

Begitulah antara risiko yg kita akan hadapi sekiranya 100% menyimpan dalam bentuk wang kertas tanpa menukarkan sedikit simpanan tersebut di dalam bentuk aset fizikal.

Walaubagaimanapun, bukan semestinya kita perlu menukarkan kesemuanya dalam bentuk emas. RM juga penting untuk perbelanjaan harian dan jangan pula tukarkan 100% duit dalam bentuk emas kerana emas juga mempunyai risiko tertentu jika kita tersilap.

Seharusnya, wang kertas itu hanyalah Sebagai medium pertukaran tetapi bukan sebagai simpanan. Yang dimaksudkan ialah simpanlah wang kertas sekadarnya dan tambahkan dalam bentuk aset yang mempunyai nilai intrinsik.

No comments:

Post a Comment