.

.

Monday, 18 April 2016

Pelaburan & Risikonya Jika Tanpa Ilmu

Tiada pelaburan yangsempurna.Pasti ada kelebihan dan kekurangan.
Bagi yang ingin berjinak-jinak dengan pelaburan emas, persiapkan dulu sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai emas. Pelaburan dalam emas akan menjadi rugi jika tidak berhati-hati dalam membuat keputusan seperti:

1. Menggunakan Kesemua Duit Simpanan

Pelabur sebenar yang berjaya, tidak kiralah pelabur dalam hartanah, emas atau komoditi, mereka tidak akan menggunakan kesemua duit simpanan mereka untuk pelaburan. Mesti ada simpanan tetap yang boleh cover balik jika ada kerugian atau kecemasan.

Oleh kerana harga emas sentiasa berubah dan mempunyai susut nilai, ia terdedah kepada risiko kerugian jika dijual dalam masa singkat, jika peratus kenaikan harganya belum melepasi peratus susut nilai. Pastikan ada duit kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan pendapatan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku hal yang tidak diingini.

2. Mengharapkan Pulangan Mudah & Cepat

Ingat lagi kes Emas Tersontor? Emas ETA, Geneva?.

Tiada pulangan mudah dan cepat dalam pelabura. Pelaburan emas juga memerlukan “masa” tertentu untuk mendapat keuntungan. Ketiadaan ilmu menyebabkan kita mudah terjerat dengan  scammer yang mengambil peluang atas ketamakan dan  kejahilan kita. ena tahu beberapa ilmu seperti analisis teknikal harga emas dan pemilihan emas itu sendiri.
3. Buat Pinjaman Peribadi


Jangan sesekali membeli emas menggunakan pinjaman peribadi.Amattidak berbaloi.Lebih-lebih lagi sekiranya interestnya tinggi. Harga emas tidak menaik secara berterusan.Ada pasang surutnya. Nanti bertambah komitmen bayaran bulanan,dan masa sama peratus interest lebih tinggi dari kenaikan harga emas.
4. Memilih Produk Emas yang Salah


Kesilapan memilih produk emas juga menyebabkan kerugian dalam pelaburan.


Pelaburan Emas ETA Bagi yang tidak menyelidik dan ingin pulangan mudah dan cepat,selalunya akan terperangkap dengan emas jenisini.Tiada Emas Fizikal ditawarkan (walaupun ada, hanya pegang seketika dan dijual semula).Emas Fizikal Emas tersebut hanya dipegang oleh orang tertentu atau wakalah.Kita hanya memberi wang dan tunggu dividen atau hibah tetap diberikan mengikut masa tertentu. Dalam pelaburan emas fizikal,basicnya cukup mudah, BELI EMAS > DAPAT EMAS.Dan ianya tidak patuh syariah, 1) Tiada Fizikal Emas mengikut belian 2) Akad tidak tetap 3) Menjanjikan Pulangan Tetap


Membeli Barang Kemas / Jongkong Emas/ Dinar di Kedai Emas Elakkan produk emas di kedai emas untuk tujuan pelaburan , terutamanya untuk jangka pendek (1 tahun).Boleh rujuk artikel saya mengenai 3 sebab utama kerugian membeli barang kemas

Secara ringkasnya kerugian membeli emas dikedai emas adalah 1) Harga tinggi dan tambahan untuk GST 2) Spread Tinggi 3) Tiada jaminan buy back
5. Membuat Pajakan Emas tanpa Ilmu


Jangan menggadai emas kita jika tiada keperluan mustahak. Gadai sekiranya hanya betul-betul terdesak (seperti kesemua simpanan tiada,dan perlukan tambahan cash). Hanya gadaikan emas kita sekiranya digadaikan untuk tujuan pelaburan lain, seperti pusingan modal perniagaan yang boleh memperolehi keuntungan yang lebih,melebihi kos gadaian ataupun pada masa itu,harga emas sedang dalam keadaan menurun secara mendadak(salah satu cara membuat tambahan stok emas kita).Kalau nak gadai pun, gadaikan satu persatu emas kita,jangan gadai sekaligus.

Kesimpulan


Banyak lagi kesilapan-kesilapan kita dalam melabur..apa yang penting ambil tips ini jika ingin bermula
Jangan gunakan kesemua simpanan.Pastikan bahagikan duit untuk simpanan dan pelaburan.
Hati-Hati dengan tawaran pengelola emas
Cari Consultant, bukan Salesmen.Salesmen hanya menjual tapi consultant akan membantu anda dari mula


Antara buku yang saya syorkan adalah buku yang saya jadikan main reference dan guideline dalam pelaburan emas


EMAS: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – (RM80) – Syukor Hashim

No comments:

Post a Comment